Wednesday, January 18, 2012

Dulu Rasa Macam Terpaksa, Sekarang Rasa Rela Sangat

Lupakan kisah penghijrahan sebentar sbb sepanjang harini, fikiran adalah sangat tak tenang sbb hati terlampau gedik nak kan benda kat bawah ni.

Brother nv50 - sumber gambar Google. Gambar bukan aku punya tu sbb aku duk meroyan teringatkan dia

Iya. Mesin jahit. Nak kata pandai menjahit tu tak ada la, tapi bolehlah setakat nak masukkan jarum, benang, setup sekoci and masukkan sekoci dalam rumahnya. Memang asas. Bukan datang dari minat, tapi mmg dah dilatih dari kecil.

Aku dah mula alter baju kurung sendiri masa aku tingkatan 4 kat 'Teratak Biru'. Dek kerana tak puas hati baju tu besar masa tu kurus lah kononnya; jadinya baju RAYA itu terpaksa ditetas semula utk mendapat saiz yang cocok. Alhamdulillah, raya tahun tersebut, aku rasa cantik. Haha.

Habis SPM, aku telah dipaksa oleh MAK utk pergi belajar menjahit dengan KEMAS. Aku masih ingat lagi sampai sekarang situasi bengkel yang penuh dengan mesin tuh. Modul masa tu buat baju kurung. Aku beli kain cotton utk pegi kelas sbb senang jahit. Tapi apakan daya, sempat belajar baju je sbb lepas tu aku dah tak nak pegi lagi. Tak de geng. Buhsan.

Tahun-tahun berikutnya, kami selalunya akan jahit langsir sendiri utk raya. MAK selalunya akan beli kain dan pegi jahit tepi. Bawak balik rumah, hanya perlu tekan utk kemaskan dan letakkan pita. Either aku or HUDA yang akan jadi mangsa. Tapi langsir yang kami jahit biasa-biasa aja sbb takde scallop apa pun. Jahit lurus dengan sedikit hiasan bling-bling.

Last aku jahit langsir utk rumah MAK, sehari sebelum majlis akad nikah aku. Pressure gile sbb masa dah suntuk, mesin tu pulak macam nak tak nak bekerjasama. Mesin lama. Tapi tak sangka pulak, disebakan latihan paksa-rela tuh aku rasa suka menjahit. Rindu nak menjahit. Suka bukan sbb aku pandai / kreatif nak jahit; suka sbb aku tahu macam mana nak handle mesin tuh.

Cadangnya nak beli mesin dan jahit langsir sendiri utk rumah baru ni. Memandangkan satu sliding door dan 3 pintu aja yang diperlukan. Tapi bolehkah aku?

Lawa kan? Aku yakin sampai raya Aidilfitri pun belum tentu siap. Haha. Sumber: http://diaridsal.blogspot.com

Aku berkenan dengan pattern ni. Pattern saja ya, fabrik ni big NO..NO! First time tengok masa pergi meminang kat Tanjung Karang haritu. Homestay tu guna langsir pattern nih. Memang cantik

Ini pun complicated, tapi boleh kalau nak belajar nih. Cuba jaya

Ini sangat cantik dan nampak mudah  nak buat. Maybe akan end-up yang macam ni je kot

Atau yang macam ni. Maybe dengan satu layer kristal dengan prinsip 'less is more'. Hee

Itu saja angan-angan aku buat masa ini. Sebab apa aku cakap angan-angan? Sbb harga mesin tu saja dah SATU RIBU EMPAT RATUS. Hafuuuhhh....! *Lap peluh*

Dapat yang 599 ni pun ok dah kot. LS2160 - 8 corak cukup dah haih.



Oklah. Mau makan sat. Boss semua dah balik. Hip-hip...HOOORAAAYYYY....!

3 comments:

  1. Gerenti boleh!

    Itu jauh lebih baik dari makcik ko yang satu haram tak reti jahit nih!

    *setakat jahit lencana sekolah dan tag nama bebudak jer!

    ReplyDelete
  2. Kin, aku rase menyesal time lepas spm xg blajo menjahit..cik biah ada suggestkn jugak..tp tu la..xdek geng juge alasan..skrang bru tkinja2 nk blajo jahit sbb upah baju pn dh mahal..cik biah aku ada 3 mesin jahit..dgn baik ati je dia bg tukang jahit dkt umah aku pinjam..jeles i..

    ReplyDelete
  3. Wahh! Ada bakat menjahitlah! Sy...pegang jarum pun dah pening...

    ReplyDelete

terima kasih rakan-rakan