Thursday, January 26, 2012

Ada Sebuah Masa-elah


Aku tabik dengan orang yang menjadikan MLM sebagai punca rezeki. Bagi aku diorang sangat kuat. Sangat berkeyakinan tinggi. Dan sangat percaya yang diorang boleh berjaya dan terus berjaya.

Sejak dari dulu sampai sekarang, MLM tak pernah lenyap dari bumi Malaysia & dunia. Sentiasa ada produk yang baru. Dari semahal-mahal produk sampai la ke kopi pun ada orang buat MLM. Hihi.

Aku pernah join MLM ni sekali masa tahun 2004. Masa tu LUXOR tengah top. Ada sesiapa pernah join? Tapi tak mendatangkan hasil pun. Cuma maybe point tu je la 'upline' aku dapat. Haha.

Aku mmg tak boleh buat bisness ni. Aku rasa kesian nak ajak orang untuk join sedangkan dia tak boleh join. Modal pulak bukan seringgit dua. Ada yang makan puluhan ribu ringgit.

Lagipun aku rasa serik tengok macam mana HUDA gagal dalam business berstrategi begini. Modal mmg banyak. Akhirnya, dibebani hutang sahaja. Stok pun tak berusik. Kesian dia =_='

Dan disebabkan itulah, aku rasa tak selesa bila diapproach dengan taktik-taktik 'sharing' yang diketengahkan. Dan sekarang aku masih buntu. Bukan buntu nak cari modal ke hape; sbb aku mmg tak nak join pun, aku buntu macam mana nak cakap TAK / NO kepada semua benda ini. Lemah betul.

Kisahnya bermula bila ada officemate aku sorang ni agent insurans. For me, insurans still ok sbb kegunaan utk diri sendiri bukan utk jual atau apa. Aku setuju utk register.

Then, datanglah seorang lagi dulu berpangkat Team Leader sekarang dah kerja tempat lain tanya aku register ke untuk insurans tu? Aku cakap ya. Then dia terus buat assumption kononnya aku berminat dalam dunia investment. WTH! 

Thus, dia pun ada benda nak introduce. Tapi yang ni bukan macam MLM biasa katanya. Macam online retailer gitulah. Mula-mula skali dia bagi aku dengar CD. CD berkaitan dengan diri sendiri. Motivational habis la.

Then, aku bz pindah randah, aku bagi macam-macam alasan. Kebetulan masa tu telefon pun tak berapa ok. Mmg jauh sekali la aku nak angkat telefon. Lama jugak aku peram CD tu, last skali aku give up aku jawab jugak call dia dan kalau boleh aku nak pulangkan CD tu secepat mungkin. Dengan harapan dia takkan call aku lagi. Rupanya dia dah ada kat office dah, kebetulan aku kerja petang hari tu. Dia pulak baru habis kerja terus drop by.

So, aku pun pulangkan CD yang motivational tuh. Guess what, aku dapat lagi 2 keping CD. Satu audio, satu video. Damn! Apsal lah susah sangat kau nak ckp tak weh Shikin! Cepat sangat nak kesian kat orang pasai pa? Inilah masalah terbesar aku. Kesian tak kena tempat, akhirnya merana sendiri.

Sampai sekarang aku belum dengar pun CD tu sbb aku mmg tak minat. Dan sejak dari hari tu, dia asyik call aku maybe nak dapatkan feedback which aku mmg tak pernah jawab walau sekali. Aku just reply SMS je. Dah bila aku reply siap nak datang rumah jumpa aku ngan CEBEN utk sharing.

CEBEN marah la..apa lagi =.="

What should I do? Uwaaaaaaaaaaa.....!


Biarlah aku tak kaya. Biarlah aku hanya makan nasi lemak RM1.50 nih. Cukup buat aku. Senang untuk aku. Rugi jadi kaya kalau tidur tak lena asyik fikir prospek downline sana sini.

Bukan nak hina, tapi untuk yang dah berjaya, aku memang tabik spring. Tahniah aku ucapkan. Rezeki anda murah di dunia. Alhamdulillah. Harap dapat hormati kami yang bukan ke arah itu. InsyaAllah, kalau terbukak hati satu hari nanti, aku akan turut serta. Tapi bukan sekarang.

Ok, nnt ada pulak bawak kluar buah 'meniaga tu kan baik, nabi dulu pun meniaga jugak'. Iya, itu saya ngerti dong. Jangan lupa Nabi kita juga sangat terpuji dalam menjaga hati. Wallahu'alam.

Cemano ni Jang oi?!

8 comments:

  1. Aku setuju sgt dgn ko! Pnh join mlm yg top antara kwn2 kita tu,tp aku pn jns xreti nk jual2 brg n tarik org ni..last2 brg byk xhbs n terperuk je kt dlm umah..untung xdpt tp dibebani hutang yg byk..sape yg blh bt tu mmg terer la,pndai ckp pe semua..tp aku mmg xblh.dan aku pn xsuka diapproach oleh org2 utk bt bisnes mlm lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG kawan sekolah ku...kasihan kamu. Itulah kan, tak semua orang sama. Akhirnya macam ni lah kesudahannya. Friendship pun jadi tunggang langgang. Harap mu tabah!

      Delete
  2. Kakcik pun tak suka dengan orang yang memaksa2 ni. :(

    ReplyDelete
  3. Dari sini kakak dapat tahu shikin memang soft hearted. Kena katakan tak minat terus terang aje. Kakak pun tak boleh juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kakak. Saya mmg begini. Kalau tak tengok muka tak apa, bila dah tengok muka terus rasa kesian yang teramat. Utk keselamatan, jangan bersua muka. Susah-susah =_="

      Delete
    2. Cikin,
      takpe.. katakan je taknak.. be direct.. daripada awk dok tangguh2, nanti sat lagi dia ingat awk berminat..

      Delete
    3. baik kak anaa...akan saya beritau dia secepat mungkin. thanks kak :)

      Delete

terima kasih rakan-rakan