Saturday, December 31, 2011

Penghabisan Dan Permulaan

Assalamualaikum.

Ramai yang menanti detik jam 12 tengah malam di kala ini. Kami duk rumah saja sbb memang tak pernah pergi celebrate kat mana-mana sbb selalunya last-last mesti terlena sedar-sedar dah tahun baru.

Harini kami dua-dua kerja. Sentap sbb cuti yang dipohon tidak dihiraukan. Aku dah malas nak cakap bab tu berkali-kali. Cumanya rasa ralat sbb tak dapat berjimba-jimba ke Kelantan utk menghadiri perkahwinan sahabat baikku Puan Eira. Tahniah Eira darling on your wedding. Be a good wife okayh :)

Lepas ni dia akan ikut suami ke Paris. Bakal menetap di sana. Walaweh....kelas tau. Jauh bebenor, susah ler nak jumpa lps ni. Huhu.


Aktiviti hari ni lepas balik kerja adalah angkut barang sikit-sikit dan angkut pergi rumah baru. Untuk permulaan, kami angkut barang dapur dulu. Maklum saja yang angkat pun bertiga, mmg sikit je la yang boleh bawak. Aku harap dalam masa sebulan ni akan clear barang-barang yang boleh angkut dengan kereta. Last sekali sewa lori angkut barang besar je.

Jadinya tadi test internet kompeni CEBEN which is quiet good dan buat aku rasa nak terminate streamyx nih. Dan sementara test, kami ganti-ganti mop lantai. Lepas Maghrib baru kami gerak balik. Sempat la rasa mandi kat rumah baru. Ayaq dia laju weh abaq ang :))

Now masa utk rehat sebelum sambung projek esok. Esok aku cuti.......!

Pemandangan dari balcony rumah. Masa ni dah nak Maghrib. Saujana mata memandang

Jom terjun tiruk :)

Itu aja dulu update pasal rumah. Tadi CEBEN bawak pergi makan kat tempat 'baru'. Kat Taman OUG.

Sri Steven's Corner. Aku syak ni cawangan yang dekat Pandan tuh sbb tulisan sama

Memang layan teh-O ais limau dia

Ni specialty yang CEBEN duk promote kat aku ngan LIYA. Memang mantap giler, rasa macam makan Pizza Cheese Burst! Sepinggan RM5 aja

Memang macam Pizza uols!

Ni yang aku order. Chicken chop. Berpatutan juga RM10. Rasanya mmg boleh layan. Fries sedap, gravy mantap. Cuma klu timun tu ganti ngan coleslow mmg lagi terbaik

Selesai

Memandangkan ini entry terakhir untuk bulan penuh kesedihan dan tahun ini, aku nak ambil kesempatan utk wish Selamat Tahun Baru utk semua pembaca. Moga Allah kurnia segala kebaikan utk kita pada hari-hari mendatang. Jangan lupa, hari-hari yang meninggalkan kita adalah mendekat kita kepada kematian.

10 comments:

  1. Assalamualaikum Cikinto

    boleh tahan murah harganya
    kg pandan tu kat mana yer

    Selamat Tahun Baru

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. nan keju itu sungguh menggiurkannn!!! bila nk wat parti kolam mandi neh? hahhahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun 2012 Ikin. :)

    ReplyDelete
  4. Salam thn baru 2012..hebaq makan2 anda cikin.

    ReplyDelete
  5. Atuk: Salam Atuk...boleh tahan la harganya..yang kat Pandan tu kt Pandan Indah :)

    ReplyDelete
  6. Akuzle: sedap kak ayu :) hehe, tunggu kami pindah na..hahaha

    ReplyDelete
  7. Kakcik: terima kasih kakcik..selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  8. PCL: haha...biasa2 ja..selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  9. amboi, baru perasan ade muke I menempel di blog ni..thanks cikin :) hope to see you soon before i'm flying without wings, hiks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah babe..nnt jumpa k sbb lps ni mesti susah giler nak jumpa lagi..huhu..sedih =_=

      Delete

terima kasih rakan-rakan