Sunday, December 25, 2011

Ketidakwajaran & Kealpaan

Alhamdulillah, kepedihan dan kesedihan dah reda. Banyak yang aku belajar dan banyak juga yang aku sedar. Banyak kekhilafan diri yang perlu diupgrade. Bila terlalu emosi, banyak perkara buruk yang menumpang. Bila bercakap pun banyak yang tak patut. Moga Allah kurnia kesempatan utk betulkan segala yang tak kena.

Anyway, terima kasih kepada semua sahabat handai yang text utk menenangkan diri ini. Tak lupa komen-komen kawan-kawan blogger yang sangat prihatin. Aku yang lemah mengada ini sangat-sangat terharu.


* * * * * * * * * * *


Esok kami akan jumpa owner rumah sekarang. Dia kata nak dtg before pukul 11 pagi. Aku rasa berdebar. Berdebar bukan sebab nak berdepan atau bersua muka. Berdebar takut keputusan yang dah diambil terpaksa diubah disaat akhir. Kata sepakat dengan owner baru telah pun diambil. Ouh..!

Sekarang kami hanya berdua. Aku & CEBEN. Segalanya berdua except kerja lah sbb tempat lain-lain. Jadinya, bila berkesempatan, mmg 'rumah' lah yang menjadi topik utama. Jujurnya aku mmg dah tak ada hati lagi utk stay dekat rumah sekarang. Mungkin aku terlampau emosi, tapi bagi aku setiap ceruk ada kesedihan tersendiri. Hah kan dah cakap aku emosi

Aku faham perasaan CEBEN, dia sayang rumah sekarang sebab sesuai utk jadi 'Family Home'. Bila tetamu/family datang sangatlah selesa utk bermalam. Aku mmg setuju itu. Dan dia keep repeat 'what if' question utk menyedapkan hati and hoping for one miracle; dapat terus stay dekat rumah sekarang.

Sejak dari awal perkahwinan, boleh kira dengan jari berapa bulan kami betul-betul tinggal berdua. Lain daripada tu mmg sentiasa lebih dari dua orang. Ni bukan yang tidur semalam atau dua, ini yang mmg stay together for at least 1 month. Tapi bukan orang lain pun, adik beradik kami jugak. Siblings.

Bagi aku, dah tiba masanya utk kami luangkan masa berdua. Bukan tak nak bagi orang datang rumah so that kami pindah rumah kecil, tapi mungkin kami perlu environment baru utk fokus dengan diri masing-masing. Terlampau banyak benda yang kami dah terlepas. Dan terlampau banyak juga benda yang jadi disebabkan perkara sebegini. Seems like he agreed on that. But still, dia akan decide esok lepas borak ngan owner rumah sekarang.

Apa-apa pun yang terjadi, aku serah bulat-bulat kepada CEBEN. Sbb itu semua tanggungjawab dia dalam bab nafakah tempat tinggal. Mana dia nak stay, aku follow aja. Tak kan aku nak pindah sorang-sorang pulak kan.

Inilah rezeki yang kami hadap waktu perbincangan tadi. Yang ni aku punya sbb aku hantu petai. Walau keputusan agak bercanggah, nasi tetap licin.


Konklusi perbincangan tadi, kami bersetuju dengan satu perkara which is kami terlalu menjaga perkara-perkara yang sepatutnya kami ignore. Dan lebih malang lagi kami telah ignore perkara-perkara yang patut kami jaga dengan hati yang penuh kasih sayang.

Kami punya satu keluarga angkat yang besar dan harmoni. Kami abaikan mereka kerana terlalu memberi perhatian kepada perkara yang remeh-temeh. Sampaikan raya pun tak jenguk. Durhaka sungguh. Harap masih ada ruang dihati mereka yang amat kukasihi, kerna kasih mereka tidak pernah membawa siksa.

8 comments:

  1. I think I’m the one yang nampak benda tu semua sejak dari peringkat awal lagi. Tapi ya... my fault too, kerana tidak menyebut apa-apa kerana sentiasa nampak keceriaan dan kerelaan di mana-mana.

    Memang, bila ada sesuatu berlaku, kita akan mula sedar dan terfikir terimbas perkara yang berlaku. Telah lepas. Kemudian kita akan terfikir, ada banyak lagi kesilapan yg tak sedar telah diperbuat.

    But jangan risau sangat. Anggap tu sebahagian tanggungjawab dan pengorbanan juga. Redha kan jer semua tu. Tak akan rasa bersalah lagi selepas ini, malah pasti orang keliling akan lebih menghargai nanti.

    Lupakan saja. Tu sebahagian pengalaman. Akan datang, mungkin ada kisah yang lebih pahit lagi. So bersedia.

    U still have ramai lagi orang yang concern dan love both U, much!

    Sebak!

    ReplyDelete
  2. aduiiii..nape ni dear.. merintih gini sekali..Akak maybe ada tertinggal cerita ni.. anyway, sabar dear.. tabah kan hati.INSYALLAHHH

    ReplyDelete
  3. eh dah semakin ceria npknya, wuuu seleranya pcl tgk menu tuhh...well , kau masih punyai makmenakan yg sangat perihatin n love to each others...nice.

    ReplyDelete
  4. Assalam cikin..anggap saja sebagai sebahagian dari pengalaman dalam hidup ..
    cikin pun masih muda..banyak lagi yang akan ditempuh..insyaallah cikin akan tabah selepas ini.
    jangan sedih2 ye cikin..ceria selalu.

    ReplyDelete
  5. salam,
    bundo suka petai juga...

    ReplyDelete
  6. saya tak berapa faham kisah 'rumah' cikinto ni...tapi saya sendiri setuju, bila dah berkeluarga, kita perlukan masa dan ruang tersendiri utk hidup sebagai husband& wife.

    ReplyDelete
  7. Segalanya akan jd pengalaman yg mematngkn.

    ReplyDelete
  8. cikin..

    kdg2 berdua2an dan agak privacy lebih baik..untuk mengatur hidup berkeluarga yg lebih tenang..mudah2an apapun keputusan hb itu adalah yg terbaik buat cikin...

    ReplyDelete

terima kasih rakan-rakan