Friday, December 23, 2011

KAMI...Nak Pindah Juga Ke?

Macam sambungan kisah semalam pulak. Tapi itulah yang kami fikirkan dalam masa 2 minggu kebelakangan ni. Kisah rumah yang kami duduk sekarang. Dari mula lagi kami mmg dah berhajat nak beli rumah ni kalau owner nak jual.

Dalam 6 bulan lepas ada orang bank dtg utk refinance rumah ni. Masa tu dalam 250k. Hurm, murah. Boleh lah sbb kawasan ni dah pesat tak macam masa kami mula-mula duk sini dulu. Masa tu 230k baru. So, kami eksaited rasanya nak beli sbb rumah ni pun kami dah hias cantik :p

2 bulan lepas tu, owner call lagi. Dia kata nak jual dalam 300k. Hurm, memang macam goreng pisang panas. Masa tu kami rasa ok lah kot. Sbb rumah ni mmg tak ada sebarang renovation except grill.

1 bulan lepas tu, dia kata dia tak jadi nak jual tahun ni (2011). Dia kata dia akan jual jugak tapi dalam tahun depan. Time ni kitorang dah rasa something dah. Mungkin dia nak main harga sbb makin lama makin naik harga kan. Bijak..bijak!

2 minggu lepas owner tu call lagi bagitau jadi pulak jual tahun 2011 nih. Dia kata dia nak pi beli kondo pulak. Dalam masa beberapa bulan, korang teka berapa dia nak jual? Siap bagi alasan dia pun 'shot of money'. What? Ok, ada yang dah teka? Mungkin betoi la kot. 350k. Diulangi 350k =.=

Sat dia nak juai. Sat dia nak taruh. Duk tak duk nak juai pulak sbb dia nak rolling beli condo. Haih, mula nak bawak kluaq loghat utagha aku nih. Bukan la nak marah kan, sbb harga tu maybe boleh kaw tim lagi. Cumanya mcm sat nak sat tak nak tu buat kami susah hati.

Tapi kami pun tak dak la dok diam ja. Mula-mula dia habaq, kami dah cari back-up yakni cari rumah baru. Either kami beli jugak or kami pindah dulu. Cari dulu kat tempat lain yang lebih dekat dengan jalan besar then baru kami beli. Sbb nak beli ni tau je la proses dia. Alang-alang nak beli, biar puas hati. Semalam CEBEN call member kepada member dia yg kerja bank bahagian housing loan ni. Dia tlg checkkan utk kami, kawasan ni maksimum 300k sahaja utk yang tak ada renovation.

Bila CEBEN petik pasal pindah, aku bgtau dia nak duduk apartment pulak. Pusinglah kami dekat kawasan Bukit Jalil ni and jumpak satu apartment yang boleh lah. Of course la kecik dari rumah sekarang kan. Tapi kami pun berdua aja. Sementara nak cari rumah yang tetap, berkemungkinan besar kami akan menyewa di sini dulu.

Kebetulan semalam kami cuti, berpeluanglah jumpa owner rumah baru ni, En.S. Alhamdulillah, baik orangnya. Berasal dari Pendang ya'll. Dia habaq, kami first priority sbb kami call paling awal. Esok ada sorang lagi nak mai tengok. Dalam nak bagi sewa ni, dia duk singgah jugak rumah ni, dah ada foreigner yg dtg tanya.

Ni bahagian ruang tamu. Besar sikit dari sekarang. Oklah, nak duk berdua kan. Siap ngan kipas remote ngan lampu lip-lap lagi

Bilik tetamu. Mmg kecik dari yang ada sekarang. Satu katil bujang muat nih
 
CEBEN kata....gayatnya. Tapi semalam dah masuk rasa ok pulak. Sejuk sangat. Tak payah aircond
 
Ada swimming pool ya'll. Ni la yang paling best kot

Ada sapa-sapa nak tolong kami berpindah randah? Hehe. Isnin ni akan jumpa owner 'nak-taknak' nih. Hopefully semuanya berjalan lancar. Doakan kami yer. Salam Jumaat sahabat semua. Selamat berhujung minggu :)

21 comments:

  1. Salam,

    Nak tny, sewa kat apt tu bape sebulan?

    ReplyDelete
  2. best juga apartment baru tu.. kalau akak pun bila org dah berdolak dalik mcm tu, dari minat terus jd tak berminat nak beli..

    ReplyDelete
  3. buat kenduri nnt jemput kami ye heheh

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    DUDUK KAT BBB ... SEWA/BELI .... LF BOLEH CUBA2 TANYAKAN .. PERKHIDMATAN PERCUMA

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikinto

    moga permudahkan segala urusan dan
    moga pilihan itu ada tepat

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. pindah rumah yee...
    tinggi tu..tingkat 17...ada lift ke cikin sayang..

    kalau kak ain kalau guna tangga harus fengsannn...

    ReplyDelete
  7. APE? tingkat 17? wowwiee.... Takpe.. duk kat atas ni biasanya SEJUK! Semoga dipermudahkan urusan. Akak yang kat tingkat 8 ni pun kadang-kadang berstokin kat rumah. ^_^

    ReplyDelete
  8. ishkk.. main tarik2 tali la pulak owner tu ye.. dok bedua je, tak yah la umah besar2 kan cikin, sewa pun tak mahal mana.. boleh buat saving beli umah sendiri nanti..

    ReplyDelete
  9. PokAmaiAmai: Salam. Sewa dalam 850 sebulan

    ReplyDelete
  10. HanisAzla: Tau xpe kak. Rasa macam jauh hati. Tapi biasala kan. Hope apartment ni mmg best :)

    ReplyDelete
  11. Anis@Khairin: Sudah semestinya :)

    ReplyDelete
  12. Dato' LF: Salam Dato'. Wah terharunya saya. Terima kasih. InsyaAllah, kalau ada peluang kami cuba BBB. Hehe

    ReplyDelete
  13. Atuk: Waalaikumsalam. InsyaAllah. Terima kasih. Takut juga tentang isu ketepatan tu. Kami serah semuanya kepada Allah

    ReplyDelete
  14. KakAin: haah kak. Ada lift kak. Klu tak jenuh saya yg debab ni nak menapak. Hahaha

    ReplyDelete
  15. KakJaja: Haah. Terima kasih kak. InsyaAllah. Nak kena cari stokin ni. Haha

    ReplyDelete
  16. Anaa: itu lah pasal kak ana. Simpan utk masa akan datang lebih afdal :)

    ReplyDelete
  17. AuntieAA: insyaAllah tak lama dah ni :)

    ReplyDelete
  18. Jangan masa 31b–2 Jan.

    that time, I takdak kat KL.

    ReplyDelete
  19. cikin..
    maaf ye banyak kisah yg akak terlepas pandang...
    bila baca kisah cikin nk kena pindah ni..sama lah mcm akak..kemungkinan besar bila company pindah akak anak beranak pun kena pindah..banyak yg nak kena pikir..

    sewa 850 mcm cikin tu aduhhh..mahall tak mampu akak..wait n see je lah..nak kena cari rumah juga satu masa nnati..

    akak doakan semua urusan cikin dipermudahkan..

    ReplyDelete

terima kasih rakan-rakan