Assalamualaikum.
Salam hari Isnin. Harini takde yang blues yer. Ramai lagi yang bercuti. Aku siap ingat hari ni Ahad. Jenuh cari drama kt TV2. Rupanya mmg tak ada. Kartun je penuh.
Seperti yang dijanjikan, dalam pukul 11pagi, owner rumah sekarang (En. G - bukan nama sebenar tapi akronim betul) dah sampai depan rumah. Kami mmg dah get ready utk berdiskusi. Tak sangka dia ajak kami pergi breakfast kt luar.
Dia mmg selalunya macam tu. Sepanjang kami duk rumah ni, baru sekali dia masuk rumah. Tu pun sbb dia terpaksa masuk sbb lubang kat belakang rumah tu tersumbat sampai leaking ke rumah jiran. Even kalau ada discussion kecil-kecilan pun selalunya diorang (CEBEN & G) berdiri je kat luar pagar.
Destinasi kami adalah ke mamak berdekatan. Breakfast roti kosong. Aku first time dapat berborak dengan dia. Sebelum ni mmg tak pernah duduk semeja serampang empat mata.
Entah kenapa harini roti canai ni sangat kurang menepati citarasa. Sejuk, keras & liat. Selalunya...terbayek :(
Inilah dia ownernya. Abg G yang aku maksudkan. Tepek je la kat sini buat kenangankan. Dah nak masuk 3 tahun kami duk rumah sekarang, baru harini jumpa. Hihi
Perbincangan harini lebih kepada urusan jual beli dan perpindahan. Dia cakap wife dia sedih sangat bila dapat tahu yang kami tak jadi beli rumah ni. Dia pun rasa macam tu jugak. Sbb dia mmg dah lama kenal kami dan dia rasa beruntung sangat dapat penyewa macam kami. Tak pernah ada masalah. Very good paymaster katanya. Sesuatu yang dia boleh banggakan dekat rakan-rakan dia yang punya pelbagai masalah penyewa.
Sejuk hati dengar statement sebegitu. Tapi apakan daya, mungkin belum rezeki kami utk memiliki sebuah rumah. Masalah utama mmg duit. Satu pasal deposit dan satu lagi bulan-bulan. Kami mmg aware ttg KWSP semuanya, ada tu mmg ada, tapi rasanya lebih baik guna utk selesai hutang pelajaran YANG TERTUNGGAK terlebih dahulu. Dan nanti bila dah beli, bulanannya adalah 2 kali ganda harga bayar utk sewa. Sememangnya berbaloi mengenangkan di akhir nanti rumah ini kami yang punya, tapi for the time being mmg tak berdaya.
Adik-adik aku masih ramai yang belajar. Tak sanggup rasanya utk menghampakan diorang sedangkan kami bersenang lenang dalam rumah besar ni BERDUA sahaja. Call me bodoh ke apa, but that is what I feel. Plus CEBEN pun ada kata nak smbg study. Aku redha kalau ini bukan masanya. Dan aku harap sangat segalanya berbaloi di penghujung nanti. Dek kerana ini juga, kami berhasrat utk kumpul duit sedaya upaya utk membeli sesuatu yang berbaloi yang digelar 'property'. Kat Bandar Baru Bangi ye Dato' LF? InsyaAllah.
* * * * * * * * * *
Masa dalam kereta ya, dia jemput kami kat rumah :) Abg. G ada sebut yang dia ada tengok kat mudah.com ttg agent-agent yang ada sekita PUJ nih. Macam kami jugak, dia pun dah mencari satu alternatif lain yg pada mulanya dia tak nak pakai agent sbb kena bayar lebih.
Dia janji dengan agent nak jumpa dkt rumah sekarang dalam pukul 12 tghari. Punctual sungguh cha-ya-nun-alif kalau bab kerja. Kami sampai rumah je, diorang dah sampai depan pagar. Tujuannya utk ambil gambar maybe nak upload kat mudah.com.
Sebagai pemegang kunci, aku masuk rumah dulu. Sementara nak masuk rumah, aku dengar dia ckp dekat agent berdua ni yang kami penyewa yang sangat baik yang tolong jaga rumah dia. Terharunya. And the moment he stepped in, he stunned like 2 seconds to see the house. And he said 'See, they really take care of my house'. 'Wah, ni dah boleh jadi interior designer nih'. Dan yang paling aku tak boleh lupa, 'Dah cantik macam ni kenapa taknak beli' which make me rasa sebak yang amat sangat.
Capturing every angle possible. This girl loves the background (at the back of her) so much. I love it too :)
And the discussion goes on and on and on.....!
And on..and on..hahahahhaha...!
Before naik atas, Abg G like turn to me (sat beside this red sofa) and say 'Alamak, now I pulak rasa sebak'. Which make me stun pulak for 2 seconds. Sigh.
Moral of the discussion if we really really want to move out, kitorang tak payah bayar sewa bulan ni & bulan depan. And if we really
really want to move out , we gonna have two houses for the month of January. Haha. Still rumah orang, ye dak. And kitorang ada tanya jugak, memandangkan sewa dah naik 100 (masa bayar deposit kurang 100), so nak kena bayar lagi 100 ke? Dia cakap tak payah for these last two months. Dan pasal deposit utility pulak, dia akan tunggu bill yang last and will refund the money. Hoyeah....! Trima kasih bang.
Well, keputusan telah diambil. Apa keputusannya? Rasanya ramai yang dah dapat teka. Esok aku sambung cerita. Again terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang hadir seolah membawa sinar dan semangat baru utk aku. Alhamdulillah :)
* * * * * * * * * *
Lepas habis sessi bergambar nih, diorang keluar utk berdiskusi. Kami pun siap-siap utk ke tempat kerja. Masa nak keluar tu selisih ngan kereta dia, maybe dia tak perasan. Katanya ada orang nak dtg tgk rumah dalam pukul 2 ptg. Sorry bang. Nobody's home.
Ptg tadi dia call CEBEN bgtau ada orang nak tgk rumah lagi esok pukul 11 pagi. Pergh, like a hot cake ya'll. At least, takdelah kami rasa bersalah sangat sbb dia macam shock kami nak pindah tiba-tiba. Dia kata duduk la dulu sbb proses nak beli pun bukannya sekejap. Minimum 6 months.
Lepas tu kalau owner baru nak duduk, then cari la rumah lain. Katanya. Well, kami dah cuba dah. Even sekarang pun dah pack. Alang-alang dah ada, rasanya tak jadi masalah apa-apa. Kami pusing seluruh kawasan PUJ tu ushar rumah-rumah semuanya for sale.
Kata sepakat telah pun diambil dalam keadaan yang aman damai. Dia pun tak mendesak. Sama-sama kami dengan alternatif masing-masing. Harap semuanya berjalan lancar. Esok aku sambung cerita. Gud nite :)





Kan betul. Berpakat, musyawarah pasti memberikan hasil yang memuaskan kedua pihak. Win-win situation. Tak perlu pun nak cari salah, or nak marah or nak balah ngelak salah.
ReplyDeleteSeronoknya dapat tuan rumah yang boleh bertolak ansur camtuh.
I dah tengok rumah tu dari mula U all duduk, kemudian buat deko kat dinding, cat sendiri... macam jaga rumah sendiri.
Tapi, yaa pengorbanan tetap ada dan diperlukan. Takpa. Lewat pun takpa. Mana tau nanti dapat rumah yang sangat best dan berbaloi.
*Psssttt... MakNdak pun tak penah beli rumah. Rumah skang atas nama PakNdak! (sebab MakNdak kedukut duit EPF)
hai cikin.. sempat singgah memalam kat sini...
ReplyDelete=)
suka akan perbincangan yg boleh membuahkan hasil...
ReplyDeleteKin..x bole baca apa2 pun..tulisan x nmpk lgsung..gambar je bole tgk. Huhu
ReplyDeleteaku pun nak pindah jugakkk
ReplyDeletedon wori..muda lagi
ReplyDeletebila semua dah lega2 baru
cari rumah utk di beli :)
beli umah kena plan betul2.. jangan main tangkap muat jer.. saya ada pengalaman sendiri beli umah tak plan betul2 ni.. tu yang dok tercampak kat semenyih. hihi.. tapi tu mula je la..now dah ok, dah happy..
ReplyDeletepersonally, biar mahal sikit, tapi berbaloi dan puas hati.. :)