Assalamualaikum, Selamat Sejahtera.
Ada yang dalam perjalanan nak balik kampung yer hari ni? Hopefully semuanya selamat dan lancar. Kami berdua kerja harini sampai tahun depan. Turn orang lain pulak nak cuti lama, so kami la pulak kena membanting tulang. Sampai plan ke Kelate pun terpaksa dibatalkan :(
Mendung pagi ni seolah memahami kekecewaan yang melanda diri. Seawal Subuh aku terima satu mesej yang sangat-sangat menghancur luluhkan hati aku. Aku sangat-sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Aku menabur budi bagi pihak ramai yang lain dan akhirnya, aku dihina dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Best part, orang yang menghantar sms kepada aku tu pun diajak utk memboikot aku.
Tapi dah nama pun kasih sayang. Yang menghantar sms ni adalah orang yang mmg mengenali aku sedalam-dalamnya. Kebanyakkan perjalanan suka duka, jatuh bangun semua dia tau. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kepada Allah atas semua pengajaran yang mmg mendewasakan aku.
Actually bukan tak ada langsung silap aku. Kali pertama aku dengar tentang sok-sek ni dari seorang yang juga sangat rapat dengan aku dalam 2 minggu lepas. Masa tu mmg remuk sungguh hati. Rasa marah, rasa pedih. Dan dek kerana kebodohan aku, I've wrote something really bad on FB. Mmg aku tujukan kepada seseorang yang ada FB.
Pagi ni, cerita pasal status FB aku pulak diungkit oleh orang yang tak ada akaun FB. Maknanya yang ada FB ni dah burukkan aku kepada orang yang tak ada FB ni. Sedangkan aku cuba sedaya upaya utk tidak bercerita kepada sesiapa tentang dia. Sbb aku rasa biarlah antara aku dan dia aja. Tapi nampaknya yang ada FB ni dah melebihi limit. Aku tak nak ckp lagi pasal hati budi or tanggung jawab sbb semuanya dah berlalu. But for this time around, aku mmg tak akan tulis apa-apa lagi kt FB. Moleknya pergi jumpa face-to-face je kan. Tapi aku blom ready lagi kot.
Aku harap satu hari nanti semuanya akan terbongkar. Kecil sungguh rasa hati rasa macam nak lari dari dunia nih sbb tak pasal-pasal orang yang menanggung dosa aku selama ni pun terlibat sama. Walhal dia yang selalu mengingatkan aku tentang tanggungjawab terhadap mereka-mereka itu. Aku percaya dengan berlalunya masa semuanya akan kembali seperti sedia kala.
La Tahzan, Ikin.

Sabarlah Ikin. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
ReplyDeletejangan sesedih ye..aku rasa macam nak nangis tgk hg nangis tu..tapi takpa..pengalaman mmg mendewasakan kita..aku penah jugak alami keadaan bila kita berselisih faham dengn kawan baik..amat2 perit sekali..nangis toksah cakap la..3 hari 3 malam mengenang kan ape yang berlaku..sebab yang bergaduh tu bestie..ni teringat pun rasa nak nagis jugak..huwaaaa...
ReplyDeleteeh...terover pulak..hehe
senyum sikit :)
lahai ciannya Cikinto..takmo cedih2 pagi Sabtu nih...bersabarlah ye, bersemuka lebih baik dari menulis di dinding muka buku yang kekadangnya banyak mengundang kontrversi..
ReplyDeleteKakcik: Terima kasih kakcik. InsyaAllah. Rasa nak peluk kuat-kuat
ReplyDeleteEimma: terima kasih ma...terharu aku dengaq smua cerita hang. tapi yg aku jadi sedih sangat ni sbb bukan kawan tapi saudara. ok, next entry aku senyum lebor ye :p
ReplyDeletePCL: huhuhuhuhu...terima kasih Pakcik Lie. InsyaAllah tak akan diulangi lagi tindakan kurang bijak yg mengundang kontroversi tuh :)
ReplyDeletesabar ye Qin..Mmg dalam 10org, mesti ade 1 yg tak suke ngan kte walaupun kite xwat pape. Buat ape nak fikirkan yg sorang sedangkan ade 9lg yg always dgn kite..
ReplyDeleteok2... la tahzan... akak sokong komen PCL tuh. akak dlu ada gaks mengalami sipi2 mcm neh..tp, dari situ juga kita tau perangai org2 sekeliling kita cemana.n org tuh sebenarnyer baik ker hipokrit.. itu mendewasakan kita. so, akak masa down2 sgt tuh g amek wudhuk n baca yassin...tup2, lepas tuh ilang semer yg berat2 tuh n sampai now bila ingat blk peristiwa x besh tuh, tak rasa aper2 dah... kuat yer, dik?
ReplyDeleteI know something goes wrong. Tapi I masih keliru, apa punca cerita.
ReplyDeleteJom... kita sembang. U can count on me!
blog sebelah ditutup utk lelaki mengomennya ke cikinto...hehe, or ada something problm with WV.
ReplyDeletesedih baca kisah cikin ni..
ReplyDeleteakak penah lalui dn alami benda ni...sama mungkin tk serupa..penah dikhianati kwn baik tempat curah segala rahsia..depan kita baik, belakang mengata dan menghina..
bila dah tahu akak amat berhati2..tiada cerita pribadi atau apa sj cerita akak jaga..
berdoa dn berserah pada Allah..Dia yg Maha Mengetahui...
nah tisu....
ReplyDeletekesat air mata kamu....
alahai cikin... tu, amik tisu abang gedek bagi.. lap kasi kering.. tamau dah nangis2 oke..
ReplyDelete